0

Untungnya bila tak terikat dengan sebarang kontrak kerja, Fara Fauzana sudah mempunyai banyak peluang untuk melakukan sebarang aktiviti..

Di bulan Ramadhan ini Fara dan rakan-rakannya banyak mengisi masa dengan melakukan perkara yang berfaedah..

Terkini, Fara sedang adakan aktiviti jelajah solat Terawih yang diberi nama ‘Terawih Hopping’.. Aktiviti ini dilakukan oleh Fara dan rakan-rakan adalah pergi ke masjid atau surau yang berbeza setiap hari untuk solat Terawih berjemaah..

Fara dah rasai pengalaman yang berbeza di setiap tempat.. Fara juga dapat berkenalan dengan ramai jemaah yang lain..

Selepas tamatkan kerjaya di stesen radio Hot Fm Fara ada maklumkan nak mendalami agama Islam.. Aktiviti yang dilakukan adalah salah satu cara dirinya mendalami agama Islam..

Pada peminat yang nak jumpa atau nak Fara ada sekali solat Terawih bersama di surau atau masjid di tempat tinggal.. Uolls boleh cadangkan lokasi majlis atau surau pada Fara..

Buat masa ini Fara sudah dedahkan akan solat Terawih di Kelantan, Perak dan Singapura.. Disebabkan Fara akan berada di 3 tempat ini, Fara ambil kesempatan untuk solat Terawih di sana.. Nak tahu boleh ikuti akaun Instagram Fara untuk perkambangan.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top