0

Penyanyi dan pelakon Farahdhiya memberitahu dia mula menyerahkan sebarang urusan kerjayanya kepada pengurus selepas kejadian nyaris diperdayakan Ejen pelacuran Februari lalu.

Bagaimanapun, Farah atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohamed Amin, 32, berkata, dia masih berhadapan dengan permintaan penganjur yang mahu menemuinya dahulu sebelum menawarkan sesuatu persembahan.

"Selepas kes tersebut saya memang serahkan urusan kepada pengurus, namun dia (pengurus) juga berdepan masalah kerana penganjur ingin melihat saya dulu sebelum buat tawaran.

"Permintaan orang pelik-pelik sehingga pengurus saya juga pening. Jika saya tiada program bolehlah saya datang secara profesional," ujarnya kepada mStar Online.

Farahdhiya ditemui pada majlis Indahnya Syawal, di Angkasapuri, malam Selasa.

Sementara itu, bercakap tentang kerjaya selepas mendapat tempat kedua pada program Gegar Vaganza 2, Farahdhiya berkata dia kini menumpukan 60 peratus terhadap nyanyian berbanding lakonan.

Post a Comment

 
Top