0

Nampaknya masih lagi tak habis kisah penceraian penyanyi Elly Mazlein dengan bekas suaminya Azmi Hatta.. Sebelum ini, Elly menfailkan hak penjagaan anak sebab takut bekas suami tuntut hak penjagaan anak di masa akan datang..

Terkini, Elly tampil membuka pekung di dada kisah penceraian bila difitnah berlaku curang dengan bekas suami.. Tak mahu terus diburukkan dan disifatkan sebagai punca berlaku penceraian, Elly dedahkan perkara buruk bekas suami..

Biasalah artis, waktu bahagia bersama ditunjuk kat media sosial.. Bila dah bercerai habis semua cerita dalam kain akan didedahkan pada media.. Ingat dengan pelakon Faye Kusairi? Kalau sebut nama Elly je, mesti orang ramai akan kaitkan dengan Faye..


Iyerlah, Faye pernah dikaitkan sebagai orang ketiga punca penceraian Elly dengan bekas suami.. Sampai minta Elly membuat permohonan maaf secara terbuka kalau tak mahu di saman.. Menerusi akaun Instagram, Faye dah muatnaik status seperti menyindir seseorang..

U’olls rasa Faye ni dok perli siapa pulak? Antara kaypsen yang di tulis Faye, “Janganlah kamu berlagak diatas muka bumi ini seakan akan segalanya adalah milik kamu. Perbuatan jahat, segala fitnah yang dilontarkan dari mulut kamu itu haruslah kamu sadar ianya dilaknat Allah. Semoga hati hitam kamu itu mampu dilunturkan perlahan lahan. Sudah sudahlah ya,”..

Siapa pula yang dok fitnah Faye? Takkan Elly dok fitnah Faye lagi, Miss A rasa kenyataan yang dikeluarkan oleh Elly langsung tak ada kaitkan dengan Faye.. Mungkin kaypsen yang ditulis Faye ditujukan untuk orang lain.. Siapa tahu, ye dak?hahaha

Tapi, kalau Faye memang tak bersalah dalam menjadi punca penceraian Elly.. Tak perlu kot nak melatah setiap kali Elly keluarkan sebarang kenyataan pada media.. Miss A tengok Faye pulak yang lebih-lebih dalam hal ini.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top