0

Ingat lagi tak beberapa hari lepas Miss A ada kongsikan berita pasal penyanyi Rafidah Ibrahim yang popular menerusi lagu ‘Apa Kono Eh Jang’ terima kek hari jadi bernilai RM50,000? Walaupun dah lama tak muncul dalam industri hiburan, tak sangka Rafidah atau lebih selesa dikenali sebagai Fida mampu membeli kek bernilai RM50,000..

Akhirnya teka-teki dah terjawab, bila Fida dedahkan dirinya dah pun menjadi tauke kilang dan mempunyai bisnes sendiri iaitu R Secrets.. Dah jadi tauke kilang dan ada produk kecantikan sendiri, patut la kehidupan Fida nampak semakin mewah..

Walaupun mula menyepi dalam industri hiburan, Fida dah pun semakin berjaya dalam cabang bisnes.. Sebelum berjaya dalam bisnes ini, Fida dah pernah cuba ceburi dalam banyak bidang bisnes lain.. Tapi, kebanyakkan bisnes lain tak berjaya, bila buka bisnes produk kecantikan Fida dapat pulangan modal yang banyak..

Hasil usaha bersabar dan belajar dari kesilapan lalu serta bantuan kakaknya, iaitu Datin Sri Rozita dan Dato Maziah dalam membantu memberi nasihat serta selok belok perniagaan.. Fida dah berjaya mempunyai kilang sendiri..

Dah berjaya dalam cabang bisnes dan jadi tauke kilang, barulah Fida akan kembali semula dengan karier seni.. Fida baru saja rakamkan lagu baru dan akan dikeluarkan selepas hari raya nanti..

Kalau hidup dah mewah sekali pun, Miss A rasa Fida tak perlu kot nak membazirkan duit tu dengan beli kek yang berharga RM50,000 tu.. Dah macam nak menunjuk-nunjuk dan riak pun ada jugak Fida ni.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top