0

Bila buka jer di Facebook, WeChat, Instagram dan media sosial yang lain, macam-macam boleh korang tengok.. Ada yang bikin korang ketawa, sedih dan bengang bila melihat status, gambar atau video yang dimuat naik di laman sosial.. Betul tak??

Selain itu, di situ jugak lah boleh melihat macam-macam ragam orang sekarang.. Yela, media sosial ni kan dah menjadi tempat seseorang untuk meluahkan segalanya.. Itu sebab orang sekarang suka melekat dengan handphone 24 jam, tak kira lah masuk bilik air pun tetap nak membelek..

Kebiasaan yang Miss nampak kat media sosial, sekarang ni semakin ramai kaum Hawa suka menunjuk susuk tubuh dorang yang mantop dengan pakaian ketat.. Pakai baju muat-muat badan dorang jer! Tak kira lah yang bertudung atau tidak, kedua-duanya sama jer..

Bahagian depan dan belakang, terjojol habis ditayangkan! Begitu jugak lah dengan minah kat atas tu, acah-acah jer mengeluarkan kata-kata baik tapi gambar yang dimuat naik sekali tu tak baik pulak dipandang!

Miss suka baca kapsyen yang dimuat naik tu, tapi itu lah dia bikin lelaki gatal tak sabar untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kat gambar dia.. Sengaja jer mengambil gambar dan fokus kat tempat tak sepatutnya..

Lelaki gatal kalau melihat gambar yang dimuat naik tu, dorang tak adanya nak fokus kat muka dia atau kapsyen tu.. Fokus kat mana lagi kalau bukan kat ‘buah ranum’ tu, hah!

Bila muncul komen-komen lucah memenuhi ruang komen, mula lah nak mengatakan lelaki gatal tak kena tempat bagai lah.. Padahal tak sedar diri, diri sendiri dok ‘belanja’ benda yang tak patut di tayangkan secara percuma macam tu! Dasar tak tahu malu punya orang! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top