0

Apa akan terlintas di fikiran korang kalau terjumpa sekumpulan wanita dengan muka ditampal kondom berkeliaran di tempat umum yer?? Mesti korang akan merasakan dorang ni gila, betul tak??

Itu lah yang dilakukan oleh sekumpulan wanita cantik di China hingga mencetuskan pelbagai reaksi netizen.. Mana tidak, selamba badak jer dorang menampal kondom di muka dan menaiki sebuah gerabak tren yang dipenuhi ramai orang..

Gelagat dorang telah menarik perhatian hingga menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penumpang lain.. Dah lah pakaian yang dipakai pun seksi dan menggiurkan jer.. Bukan takat di muka jer ditampal, malah kat dahi, lengan dan dada dorang jugak..

Kalau korang nak tahu, aksi tu semua merupakan salah satu strategi pemasaran sebuah syarikat pengeluar kondom iaitu Da Xiang bagi mempromosikan kondom keluaran terbaru dorang.. Da Xiang mengatakan pelincir yang terdapat pada kondom baru dorang baik untuk kulit muka..

Itu lah yang cuba ditonjolkan oleh sekumpulan wanita tu kat orang ramai.. Tapi itulah, macam tak kena jer taktik pemasaran dorang.. Kaedah publisiti tu telah mendapat kritikan hebat oleh netizen dan menganggap ia publisiti murahan!

Memang murahan pun, macam lah cara lain tak boleh digunakan untuk promosi.. Takat buat iklan sudah lah, tak perlu sampai dalam tren pun nak dipromosikan.. Teruk dan memalukan jer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top