0

Gara-gara lamaran ditolak, seorang wanita di Pakistan bertindak gila dengan menyimbah asid pada lelaki yang enggan mengahwininnya di Multan, Punjab.. Akibat perbuatannya, wanita tu kini ditahan polis.. Ganas betoii wanita tu yer!

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Momei Mai dikatakan telah lama menjalin hubungan cinta dengan mangsa, Sadaqat Ali.. Kalau korang nak tahu.., pasangan tu sebenarnya dah kahwin dengan pasangan masing-masing, tetapi menjalin hubungan tu sejak beberapa tahun lalu..

Tak boleh blah tu, Momei sanggup membuat keputusan untuk menceraikan suaminya dan mahu berkahwin dengan Ali sebelum kejadian tu berlaku.. Cinta betul Momei tu kat Ali yer sampai sanggup berpisah dengan suaminya..

Tetapi malangnya Ali tidak bersetuju untuk berkahwin dengan dia pun.. Itu meroyan melakukan perbuatan gilanya tu! Pada mulanya tu, Momei mengatakan Ali memukul dia dan untuk mempertahankan diri, dia menyimbah Ali dengan asid..

Dia mereka cerita tak kena tempat, bila siasatan polis dilakukan terbukti Momei menyerang Ali selepas mangsa selesai mandi di bilik air rumah Momei.. Ali pada masa tu, apalagi menjerit ketika keluar dari rumah tu dengan badannya terkena asid..

Kesannya tu, 50 peratus anggota badan Ali terbakar.. Nasib baik jugak lah Ali sempat mengelak asid terkena pada muka dia.. Kalau tidak, habislah muka dia dah tak boleh pakai nak mengayat gadis lain nanti!

Dasar pasangan tak tahu malu, dah ada pasangan masing-masing masih nak mencari lain lagi! Momei paling teruk sekali, dia kehilangan suami dan kekasih gelapnya sekaligus! Itulah padahnya bila tak menghargai orang yang dah ada disisi, merana lah dalam penjara! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top