0

Kisah yang Miss nak ceritakan ni, tak macam kisah ‘Sleeping Beauty’.. Si puteri dapat hidup kembali selepas si putera menciumnya.. Itu tidak berlaku kepada seorang gadis yang mengalami alahan kepada kacang meninggal dunia selepas mencium teman lelakinya..

Masa tu, teman lelakinya baru jer selesai makan roti yang disapu dengan mentega kacang.. Itulah yangg menjadi punca kematian gadis tersebut.. Nampak tak, sebab alahan jer boleh membawa maut..

Gadis yang bernama Myriam Ducre-Lemay, 20 tu, sebenarnya sudah meninggal dunia dalam kejadian mengejutkan tu pada 2012.. Si ibu yang dikenali Micheline Ducre menceritakan kembali kejadian yang menimpa anaknya bagi menyedarkan orang lain mengenai betapa bahayanya alahan..

Betul tu! Alahan bukannya satu ‘penyakit’ yang boleh dipandang remeh.. Kalau tidak, ia boleh membawa maut.. Berdasarkan cerita si ibu, teman lelaki anaknya tidak tahu langsung pasal Myriam ada alergik kepada kacang..

Itu sebab dia tak beritahu Myriam yang dia telah makan roti yang disapu mentega kacang pada malam kejadian tu.. Selepas dorang comolot, Myriam mengalami kejutan alergik menyebabkan dia tergamam dan terkejut..

Teman lelaki Myriam lalu bertindak menghubungi 911.. Bagaimanapun Myriam meninggal dunia tak lama kemudian di hospital.. Si ibu memberitahu sehari sebelum kejadian, Myriam memberitahunya yang dia sedang dilamun cinta..

Namun rupa-rupanya ‘cinta’ tu membawa maut.. Kisah Myriam ni, Miss harap boleh ia membangkitkan kesedaran korang.. Bagi yang ada alahan tu, silalah berhati-hati dengan apa yang korang makan yer.. Jangan main bedal jer makan, takut korang jugak yang merana.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top