0

Jangan bermimpi di siang hari... Itulah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada penyokong-penyokong kumpulan 3M (Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz) yang mahu melihat kekuatan pemimpin pujaan mereka menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Mesti korang hairankan kenapa Andy tujukan ungkapan tersebut kepada kumpulan ini?? Korang tak payah pening-pening fikir kenapa... Bukti pun dah ada bahawa kumpulan 3M ini takkan mampu menjatuhkan Najib.

Andy tahu penyokong kumpulan 3M ni berkeyakinan tinggi... Mereka dakwa, selepas ketiga-tiga 3M ini keluar dan dipecat dari Umno... Kumpulan 3M ini lebih berpeluang untuk menumbangkan Najib.

Betul ke kumpulan 3M ni berpeluang tumbangkan Najib selepas keluar dan dipecat Umno??? Ada harapan yanng cerah ke kepada kumpulan 3M ini untuk tumbangkan Najib dalam PRU akan datang??

Mimpi je laa kumpulan 3M ni.... Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pun kumpulan 3M ni gagal nak menangkan calon Pakatan Harapan... Gagal nak tumbangkan Barisan Nasional... Inikan pula nak tumbangkan Najib dalam PRU akan datang.

Andy bukan nak cakap besar... Tapi Andy terpaksa juga cakap untuk jelaskan kepada kumpulan 3M ni bahawa Barisan Nasional tetap menjadi pilihan rakyat apabila Barisan Nasional berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang tinggi.

Andy tahu... Andy bagitahu ni kumpulan 3M ni akan meroyan.... Mereka tak boleh terima hakikat bahawa Najib masih mempunyai sokongan yang utuh walaupun sering diburuk-burukkan oleh 3M ini dengan sokongan pembangkang.

Tak payahlah kumpulan 3M ni berangan nak tumbangkan Najib.... Apa kata kumpulan 3M ni fokus untuk tubuhkan parti dulu... Takkan 3M nak tumpang parti orang untuk tumbangkan Najib.... Malu ooiii tumpang parti orang... Kata ada sokongan kuat... Tubuh parti baru laa... Baru mencabar... Hahaha.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top