0

Generasi Muda adalah pencetus kepada masa depan negara, sebab tu generasi muda digalakkan untuk menyokong kerajaan yang sedia ada, kerana mereka yang akan mewarisi pengasas-pengasas negara yang selama ni telah banyak berbakti terhadap  Malaysia.

DS Najib pun mahu generasi muda terus memberi kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan, kalau anak muda sambut seruan Najib ni tak mustahil negara akan aman dan damai tanpa pembangkang kelak.

Namun, pembangkang juga sibuk untuk menghasut golongan muda bagi menentang kerajaan. Tapi, politik jumud yang dibawa puak pembangkang tidak akan dapat mempengaruhi minda Gen-y yang lebih berpandangan jauh.

"Jangan sekali-kali meruntuhkan apa yang dibina pengasas-pengasas negara ini. Sekali runtuh, tidak mungkin baik semula. Kita lihat Brexit (Britain keluar daripada Kesatuan Eropah), negara maju seperti United Kingdom, kalau tersasar buruk padahnya ", katanya

Jangan kerana hasutan pembangkang, yang selalu memburukkan pemimpin dapat mengubah pandangan generasi muda terhadap kerajaan. Padahal kerajaan yang selama ini banyak membantu meringankan beban, terutamanya mahasiswa.

"Saya berdoa semua pembaharuan yang dilakukan adalah yang terbaik. Saya mahu melihat universiti awam dan swasta dalam negara terus mendapat sanjungan dan pelajar yang keluar dari universiti akan mendapat pekerjaan dan masa depan yang lebih baik," katanya.

Hasil bantuan dan sokongan kerajaan sedia ada juga, membolehkan mahasiswa mendapat pendidikan yang baik dengan infrastruktur universiti yang serba canggih. Jika hasil bantuan kerajaan tidak mendapat sokongan daripada generasi muda sendiri, mungkin negara akan tetap berada pada takuk yang sama.

Oleh itu, geberasi muda harus menghayati usaha kerajaan untuk membantu masa depan negara yang lebih cerah dan perlu mendukung perjuangan pemimpin terdahulu bagi mencorak masa depan negara yang lebih maju dari sedia ada. -HanezDot/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top