0

Dek kerana bergaduh dengan si suami, anak pulak jadi mangsa untuk lepaskan geram.. Seorang ibu bertindak gila apabila dia sanggup mencampak anak lelakinya sendiri yang berusia dua tahun dari tingkat tujuh di sebuah pangsapuri di Hubei, China selepas berang dengan si suami..

Amboii! ‘Hebat’ betul cara dia melepaskan geram yer.. Cer campak dia dari tingkat setinggi tu, apa agaknya dia rasa yer?? Bengong betoii! Disebabkan perbuatan gila si ibu, budak malang tu dikatakan mengalami patah tulang di beberapa bahagian badan dan jugak kerosakan pada organ dalaman..

Korang lihat jer lah keadaan mangsa, terbaring dalam keadaan tak sedar diri.. Petugas perubatan pun terkejut melihat mangsa terbaring di atas tanah selepas dicampak oleh ibunya.. Kalau korang nak tahu, bapak mangsa terpaksa bekerja berjauh di Guangdong kerana ada masalah kewangan..

Pada hari kejadian, pasangan tu dikatakan bergaduh melalui telefon dan si suami telah meminta cerai.. Itulah yang bikin si ibu mengamuk macam gila hingga sanggup campak anak sendiri dari tingkat tinggi.. Haishhh!

Si ibu tu, tak ada perasaan kasihan ke kat anaknya?? Kalau ada masalah dengan si suami pun, tak perlu lah nak melepaskan geram kat anak pulak.. Bengong jer! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top