0

Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sering mengamalkan politik 'bisu bermusim' dan hanya bersuara dalam isu yang memberi kelebihan kepadanya.

Menurut Rafizal Rahim, Guan Eng hanya akan bersuara, malah bersuara lantang jika terdapat isu yang boleh menghentam kerajaan, tetapi akan membisu seribu bahasa sekiranya parti atau pentadbirannya menjadi isu.

Rafizal Rahim berkata, Guan Eng selaku pemimpin nombor satu di negeri itu sepatutnya bersuara dalam isu yang membabitkan DAP dan pentadbiran kerajaan negeri seperti penyelewengan tanah Taman Manggis dan terowong dasar laut... Bukannya hanya membisukan diri dan menghantar orang lain sebagai wakil untuk bersuara menjelaskan mengenai isu-isu ini.

"Inilah cara Guan Eng berpolitik. Ada musim dia jadi orang bisu, ada musim tak henti-henti bersuara. Dia akan membuat kenyataan terhadap hal yang tidak ada kena mengena secara langsung dengannya. Tetapi bila perkara yang melibatkan peribadi, salah laku dan kepimpinannya seperti tuduhan rasuah, dia akan terus mengunci mulut dan mengalihkan isu," kata Rafizal Rahim.

Dalam masa, Rafizal Rahim turut memaklumkan bahawa rakyat Pulau Pinang sudah cukup kenal dengan Ketua Menteri mereka yang sering melarikan diri dari menjawab mengenai skandal-skandal yang ditimbulkan.

Walau bagaimanapun, rakyat Pulau Pinang tetap setia menunggu  jawapan dari Guan Eng meskipun rakyat Pulau Pinang sudah jemu untuk menunggu jawapan dari Setiausaha Agung DAP itu.

"Rakyat negeri ini sebenarnya sudah masak dengan sikap Guan Eng. Rakyat juga sebenarnya masih menunggu jawapan daripada banyak persoalan yang dikemukan," katanya.

Oleh demikian, Rafizal Rahim menggesa Guan Eng supaya bersuara lantang untuk menjawab persoalan mengenai skandal yang ditimbulkan seperti kos terowong dasar laut, pembelian banglo di Jalan Pinhorn, tanah Taman Manggis serta isu pembinaan rumah mampu milik di negeri itu.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top