0



Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berada di bangunan Komtar Pulau Pinang untuk menyerahkan waran tangkap kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau kini dikatakan masih meneruskan mesyuarat walaupun mesyuarat tersebut sepatutnya berakhir jam 4 petang.

Guan Eng dikatakan sedang mempengerusi mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri.

Penyerahan waran itu bagi membolehkan SPRM menahan Guan Eng ekoran siasatan terhadap kes pembelian banglo di bawah harga pasaran.

Difahamkan, beliau mungkin dihadapkan ke mahkamah esok.

Buat masa ini, wartawan serta jurugambar sedang berkumpul di bangunan Komtar kerana menjangkakan pegawai-pegawai SPRM akan menangkap Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP pada bila-bila masa.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo pada harga RM2.8 juta yang didakwa jauh di bawah harga pasaran.

Post a Comment

 
Top