0

Didalam satu sidang akhbar di Komtar, Ketua Menteri Lim Guan Eng menyifatkan fitnah BN terhadap projek terowong bawah laut oleh DAP merupakan perbuatan sangat jahat.

"Sekiranya badan-badan bukan kerajaan yang terdiri daripada individu terpelajar boleh termakan dengan pembohongan Barisan Nasional, jelas lah fitnah mereka amat jahat.

“Fitnah boleh jadi benar, putih boleh jadi hitam, hitam boleh jadi putih,” ujarnya.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, BN sebelum ini berbohong, kononnya projek bernilai RM3.7 bilion itu sebenarnya RM6.3 bilion, selain berbohong tentang kos kajian kebolehlaksanaan terowong terbabit.

“Jumlah RM6.3 bilion itu bukan hanya terowong, tetapi kos untuk terowong dan tiga lagi lebuhraya berasingan, jadi semua empat projek,” jelas beliau.

Didalam majlis yang sama, Exco Kerja Raya Pulau Pinang, Lim Hock Seng menyatakan kesediaan berdebat dengan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Liang Teck Meng berkenaan cadangan projek terowong dasar laut negeri itu.

“Mari kita berdebat pada 27 atau 28 Jun, jam 9 malam. Kami akan tempah dewan di Kompleks Masyarakat Penyayang,

“Boleh debat dalam apa jua bahasa. Kalau Liang Teck Meng mahu, dia boleh panggil stesyen televisyen untuk membuat rakaman langsung debat tersebut,” umum Hock Seng dalam sidang media di Komtar, semalam dilaporkan Buletin Mutiara.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula memuji tindakan Hock Seng tersebut yang disifatkan sebagai sangat telus kerana menyahut cabaran daripada Gerakan itu. - Utaranews.com

Post a Comment

 
Top