0

Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong mengesahkan Pakatan pembangkang kini berada di kedudukan paling lemah sejak berlakunya tsunami politik pada 2008.

Berani betul Liew Chin kata Pakatan pembangkang kini berada di kedudukan paling lemah.... 'Tokong' Lim Guan Eng bukan boleh dengar perkataan 'lemah'... Lagi-lagi duk kata Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan sebagai Pakatan yang lemah.

Andy pun tak nafikan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) memang lemah... Buktinya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Kita lihat dalam PRN Sarawak... Pakatan Harapan yang kononnya mendakwa sebuah Pakatan baharu yang lebih 'gah' dari Pakatan Rakyat, bagaimanapun tewas teruk dalam PRN Sarawak apabila kehilangan banyak kerusi.

Selain itu, dalam PRN Sarawak.... Pakatan Harapan juga dilihat lemah apabila masing-masing enggan mengalah untuk bertanding dan akhirnya berlaku pertembungan sesama mereka.

Bila berlaku pertembungan sesama sendiri.... Ia jelas menunjukkan bahawa Pakatan ini 'lemah' untuk membahagikan kerusi dan mereka tidak bersefahaman... Kalau dah tak bersefahaman, macam mana nak mentadbir sebuah kerajaan.... Ekoran itu, Pakatan tewas teruk di PRN Sarawak.

Dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang baru melabuhkan tiranya pula... Terbukti bahawa Pakatan Harapan sekali lagi lemah dan gagal apabila turut tewas di kedua-dua kerusi terbabit.... Malah, undi yang diterima Pakatan Harapan setaraf dengan undi Pas yang kini bergerak solo.

Pakatan Harapan yang terdiri dari 3 parti iaitu PKR DAP dan PAN, sepatutnya boleh mendapat undi lebih daripada Pas kerana Pakatan Harapan mempunyai lebih pada satu parti... Tetapi, hasil yang diperolehi Pakatan Harapan dalam PRK ini jelas menunjukkan mereka sememangnya lemah!!

Jadi, diharap puak-puak Pakatan Harapan dapatlah menerima kenyataan bahawa gabungan itu sememangnya lemah dan gabungan itu memerlukan Pas untuk menguatkan sokongan.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top