0

Macam pelik jer... Duk tak duk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh puji Menteri Pelancaongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz... Ada pape ker korang ni??

Guan Eng yang mendakwa negeri dibawah pemerintahannya telah didiskriminasi dan dizalimi oleh kerajaan perseketuan, menggesa Datuk Abdul Rahman yang baru di lantik menjadi Menteri di jabatan perdana menteri supaya bersikap seperti Nazri Aziz.

Jelas Guan Eng, Rahman Dahlan perlu mencontohi Nazri Aziz yang bersikap membina dan terbuka untuk mengukuhkan ekonomi negara tanpa mempolitikkan isu pentadbiran negara.

"Mengapa mendiskriminasi, mendakwa atau menghukum Pulau Pinang, Malangnya, ramai para menteri tidak berkongsi pandangan ini. Jika mereka mahu terus menzalimi rakyat Pulau Pinang, bukan sahaja Pulau Pinang sahaja yang susah Malaysia juga kerana negeri ini menyumbang 25 peratus daripada jumlah eksport dan import di negara ini.

"Malangya tidak ramai di kalangan para menteri yang mengambil sikap membina seperti yang ditunjukkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Bagi Nazri, jika pelancong ke Pulau Pinang meningkat, ia juga bermakna jumlah pelancong ke Malaysia juga turut meningkat," kata Guan Eng.

Haih... Boleh pula Guan Eng nak mengajar Rahman Dahlan cara nak menjadi menteri... Macam laa diri tu dah cukup bagus nak ajar orang jadi menteri bagai... Dah laa jadi Ketua Menteri yang pusing kuat, pastu ada hati nak ajar orang.

Satu lagi... Masa bila pula kerajaan persekutuan menzalimi Pulau Pinang?? Yang menzalimi Pulau Pinang tu, Guan Eng sendiri... Takda kena mengena dengan kerajaan persekutuan.... OK!!

Guan Eng tu yang dah musnah Pulau Pinang... Jual tanah negeri tu untuk projek-projek mega... Sanggup usir penduduk Pulau Pinang semata-mata kepentingan diri... Pastu nak salah kerajaan persekutuan pula... Bagus permainan Guan Eng ni.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top