0

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak... mungkin itu pepatah yang sangat sesuai jika ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Kalau dah bersalah tu memang dah tak boleh nak lari lagi dah... Walaubagaimana pun pasti akan berhadapan keadilan dan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya. Tapi semua itu selepas mahkamah memutuskan keputusannya sama ada Guan Eng bersalah atau tidak.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, setiap kesalahan yang dibuat oleh seseorang... mereka pastinya tidak akan terlepas daripada berdepan dengan tindakan undang-undang di Malaysia ni.

“Siapa pun yang bersalah tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang di Malaysia termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikaitkan dengan isu pembelian banglo tetapi kita tidak boleh sesuka hati menjatuhkan hukuman,

“Semua pihak perlu mematuhi undang-undang negara dan ada proses perundangan yang dilaksanakan bagi setiap pendakwaan.

"Janganlah kita menghukum terlalu awal kerana jika ada tindakan susulan dari mahkamah atau sebagainya, dia (Guan Eng) ada peluang untuk membela diri.

"Cuma kita kena ingat bahawa tidak ada sesiapa yang boleh lepas daripada tindakan undang-undang di negara ini jika melakukan kesalahan," katanya

Kannnn... Tak kisah la korang anak raja ka anak ketua menteri ka atau korang sendiri yang mempunyai kuasa-kuasa besar di negara ni... kalau korang buat salah pastinya akan mendapat hukuman yang sepatutnya.

Jangan gunakan alasan korang mempunyai kuasa besar dan pengaruh yang luas jadi korang kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang... Tak boleh macam tu bebbb! Penyokong Guan Eng juga harus menerima kenyataan sekiranya Ketua Menteri korang didapati benar-benar bersalah dan melakukan kegiatan rasuah.

Tak boleh bagi alasan dia Ketua Menteri jadi korang nak mempertahankan Guan Eng secara membuta tuli sahaja walaupun terbukti dia memang buat salah. Jangan tunjuk sangat yang korang makan dedak Guan Eng bebbb haha!-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top