0

Nampak sangat yang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tak puas hati apabila Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman menggelar parti DAP sebagai ‘kafir harbi’. Mana tidaknya, sebab Guan Eng dok perasan yang DAP tu parti paling mulia sekali, padahal tak sedar yang dorang tak hormati Islam.

Gara-gara sifat tidak puas berpuas hati tersebut... Guan Eng tergamak mendakwa Mufti Pahang sebagai seorang yang mengamalkan pemahaman yang sesat! Eshhhh.. eshhh..eshhh habis dorang tu tak sesat ke?? Sudah la menentang agama Islam lepas tu acah-acah suci pulak konon tak pernah pun sesekali menentang Islam. Yuksss nak termuntah dengar.

Dengan yakinnya Guan berkata, DAP sentiasa menghormati agama Islam dan menganggap Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Menghormati tanggungjawab umat Islam sebab tu la Guan Eng dan DAP turut sama menyediakan peruntukan untuk hal ehwal agama Islam, membina sekolah-sekolah agama dan menderma tanah bagi pembinaan kompleks mahkamah syariah. Kononnya la!

Iyeke ni?? Sejak bila DAP buat macam tu?? Hahaaaa nampak sangat menipu, agak-agak la kalau nak menipu pun. Hancing sangat baunya tu! Kalau hormat kenapa menentang hudud?? Lepas tu dakwa pulak pemimpin UMNO ada juga yang tak setuju dengan hudud tapi tak pula digelar kafir harbi.

“Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem juga tidak bersetuju dengan hudud kerana ia bercanggah dengan perlembagaan, tetapi adakah (beliau) boleh digelar sebagai kafir harbi dan diancam bunuh?

“Saya percaya (kenyataan Mufti Pahang) itu bukan (fahaman) Islam sebenar, yang kami belajar dari orang-orang Islam,” katanya.

Ehhhh... iyeke yang Mufti Pahang ni amalkan ajaran sesat?? Habis menentang agama Islam bukan ke musuh Islam ke?? Siapa yang sesat sebenarnya ni. Entah daripada la DAP dok pi menuntut ajaran agama Islam ni sebab semua kenyataan DAP banyak yang menentang Islam. Jadi sangat keterlaluan bila Guan Eng kata Mufti Pahang tidak amalkan fahaman Islam sebenar.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top