0

Betul ke ni Guan Eng??...kata pengundi cina di Sungai Besar  keliru dengan lambang PAN dan DAP sebab selalunya kaum cina hanya terbiasa dengan mengundi lambang roket, pada PRK kali ni dah tukar pulak jadi segi tiga.

"Kita datang merayu undi dengan penduduk tempatan. Respons adalah sangat menggalakkan tapi ada sedikit kekeliruan tentang simbol. Ini kerana mereka (penyokong Cina) kenal 'roket' tapi roket tidak bertanding ", kata Guan Eng

Nampaknya ada lagi masyarakat cina yang belum buka mata untuk BN, malah masih berdiri teguh di belakang DAP. Mungkin mereka tidak didedahkan dengan lambang kuda tunggangan DAP tu, sampai dah beberapa hari musim berkempen masih tidak tahu lambang parti yang patut diundi.

Boleh jadi, penerimaan rakyat cina untuk PAN tidak mengalakkan. sebab tu..kempen PAN untuk berjumpa penduduk setempat tidak dilayan. Tetapi bila adanya muka Guan Eng atau Kit Siang baru penduduk cina lebih mesra dan mengalukan kedatangan PAN.

Kalau macam ni la sambutan kepada PAN, jelas DAP hanya pergunakan PAN untuk PRK kali ni. bila tengok kaum cina pun tak kenal lambang PAN, sudah tentu calon PAN pun mereka tak pernah bersua muka.

Mungkin juga, penggunaan simbol 'adidas' yang diperkenalkan oleh Suee Lim sebelum ni adalah untuk kegunaan segelintir kaum cina yang keliru dengan lambang PAN. Nama pun parti baru mesti la orang tak kenal, sebab tu..lambang PAN di katakan seperti simbol jenama.

Agaknya, cara ni dapat ke membantu DAP melancarkan kempen untuk PAN??? macam dah ketandusan idea je untuk membuat pengenalan parti PAN kepada rakyat. Bermacam cara sudah diguna pakai.

Rasanya la kan sebab tu banyak sangat poster yang mencetuskan kontroversi telah dinaikkan oleh macai-macai DAP. Dalam fikiran mereka itu semua  mungkin dapat mempengaruhi pengundi dan memperkenalkan PAN kepada rakyat.  - Hkay/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top