0

Dek kerana gagal jawab soalan matematik yang diberikan, seorang budak lelaki berusia 11 tahun yang dikenali Xiao Yong dipukul dengan kejam oleh gurunya dengan kabel elektrik.. Guru tu gila ke?? Kalau ya pun nak memberi hukuman, agak-agak lah..

Ini tidak, dah macam mendera jer.. Korang lihat jer lah kesan pukulan guru kejam yang tak ada belas kasihan tu, bayangkan kalau anak korang terkena macam tu?? Mesti merasakan nak belasah guru tu sampai mampos, betul tak??

Yela, sesuka hati dia jer nak belasah anak orang, nak mengajar buat lah cara mengajar yang berhemah dan tak terlampau nak menghukum! Akibat perbuatan kejam guru tu, guru tu kini telah digantung daripada mengajar di sekolah di Xianglu, China..

Masa kejadian tu, Xiao dikatakan telah diminta oleh guru tu untuk menjawab soalan matematik di papan hitam.. Xiao dipilih kerana mendapat markah paling rendah dalam kelas iaitu 81 daripada 100 markah..

Dasyat betoiii! 85 tu pun dah markah cemerlang tapi disebabkan nak budak tu mendapat markah lebih cemerlang sampai sanggup dera budak tu macam tu sekali.. Tanpa fikir derita budak tu menahan sakit bila dilibas dengan kabel elektrik tu.. Bengong!

Selepas dihukum dengan kejam oleh guru tu, Xiao tak menceritakan perkara berkenaan kat datuk dan nenek dia di rumah.. Dorang dapat tahu pun selepas sepupu Xiao melihat parut dan kesan lebam tu selepas dia mengadu sakit.. Akibat ‘hukuman’ tu jugak lah membuat Xiao telah dimasukkan ke wad selama tiga hari..

Berdasarkan sumber, guru berusia 50-an tu dikatakan mengalami tekanan perasaan akibat masalah keluarga.. Guru tu jugak telah minta maaf kat keluarga Xiao tapi siasatan terhadapnya tetap dijalankan..

Apa-apa pun, itu tak boleh jadi alasannya untuk melepaskan geram kat pelajarnya.. Itu dah aniaya dan buat mangsa menderita jer! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top