0

Rasa seronok pula mengikuti kempen Pas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.... Walaupun tinggal lagi beberapa hari tempoh berkempen, Pas semakin lancang berceramah menyerang parti serpihannya.

Pas yang telah berpecah sehingga tertubuhnya sebuah parti baharu, secara terus menerus menyerang dan menyindir parti serpihannya.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti Islam itu bukan seperti Parti Amanah Negara (PAN) yang hanya mengikut ajaran DAP...., sebaliknya Pas hanya menjadikan Al-Quran sebagai ajaran.

Jelas Hadi, PAN yang kononnya ditubuhkan sebagai sebuah parti Islam dan menggantikan perjuangan Pas tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan...

PAN menjadikan DAP sebagai panduan atau bahasa mudahnya sebagai 'abang'.

'Kami bukan macam PAN yang ikut ajaran DAP.... Kami berpegang kepada ajaran Al-Quran," tegas Hadi dalam ceramah perdana Pas di Ketior, Kuala Kangsar.

Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria dan calon Pas PRK Kuala Kangsar Dr Najiha turut hadir dalam ceramah Perdana ini.

Post a Comment

 
Top