1

Menyelar mengenai tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pengundi di Sungai Besar bakal berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini.

Amanah kali ini bangkit bersuara dan menidakkan dakyah terlampau tersebut... Parti serpihan itu menolak sama sekali dakwaan bahawa kononnya Pas seperti sebuah parti yang telah dipilih Tuhan, umpama Hadi Awang tu utusan bagi menyampaikan khabar tersebut.

“Ia hanya menyerlahkan cara pemikiran mereka (PAS),

“PAS dan presidennya (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang perlu menerima kenyataan yang mereka tidak mewakili Tuhan.” kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

Walaupun parti Amanah ada kalanya sombong dan cakap besar tapi Gomez bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Khalid Samad. Hadi Awang dan Pas tidak ada hak untuk menjatuhkan hukum seperti demikian, dorang bukan Tuhan mahupun utusannya.

Memang betul kalau kita memilih pemimpin yang salah, itu akan mendatangkan kesan yang buruk dan negatif kepada negara. Tapi cara Hadi Awang keluarkan kenyataan seperti hanya calon Pas sahaja yang layak diundi rakyat.

“Sekiranya mereka percaya apa yang mereka lakukan adalah betul, maka menjadi tanggungjawab mereka meyakinkan orang ramai daripada menggunakan politik dosa dan celaka,” kata Khalid.

Sebelum ini Hadi Awang ada mendakwa pengundi di Sungai Besar akan ditimpa kecelakaan sekiranya memilih ahli Parlimen yang salah. Tambahnya, hanya calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang telah melafazkan bai’ah an tidak akan menyimpang prinsip parti Islam itu.

“Kalau khianat akan dilaknat oleh Allah,” menurut Hadi  Awang.

Dalam dunia ni ada banyak cara yang mampu kita lakukan untuk melaksanakan perintah Tuhan... Tidak semestinya secara zahir malah secara batin juga dituntut. Kalau kita ikhlas tak perlu dihebohkan dan ditunjuk... Macam yang Pas buat ni nampak sangat menunjuk.

Tambah-tambah soal Pas kerap mengungkit konon hanya parti dorang je yang patuh dan ikut ajaran agama... Sebab tu dorang embentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi melaksanakan hudud di Kelantan.

“Apa yang dibuat PAS merupakan usaha yang tidak semestinya dipersetujui semua dari segi pendekatan dan keutamaannya,” kata Khalid, sambil menambah kenyataan Hadi itu hanya membukti PAS tidak menghormati pilihan pengundi. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Woi Kahlid Gereja..siapa wakili Tuhan? Kit Siang atau Guan Eng?

    Malu aku dengan 'Melayu Islam' yang sanggup jadi balachi kepada kapir untuk menjatuhkan Melayu dan Islam.

    ReplyDelete

 
Top