0

Sebut saja nama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad... Ramai yang mengenali beliau sebagai seorang tokoh negarawan kerana pernah mentadbir negara selama 22 tahun pada satu ketika dahulu.

Namun, masih relevankah Mahathir dianggap sebagai seorang tokoh negarawan apabila beliau telah mewujudkan beberapa gerakan serta sanggup bersengkokol dengan parti pembangkang demi merealisasikan impian untuk melihat Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan sebagai Perdana Menteri??

Bagi Andy.... Mahathir tidak lagi boleh dianggap sebagai seorang tokoh negarawan kerana beliau sendiri telah menconteng arang dimukanya sendiri apabila sanggup bersama pembangkang... Malah lebih mengecewakan, Mahathir sanggup duduk bersama parti Cina kiasu yang anti-Islam dan anti-Melayu.

Walaupun Mahathir berjaya mendapat sokongan daripada parti pembangkang seperti PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).... Tetapi Mahathir gagal mendapatkan sokongan dari parti Pas.

Mesti korang hairankan kenapa Pas tidak menyertai gerakan Mahathir ini?? Korang mesti fikir yang Mahathir tidak 'menjemput' Pas untuk bersama-sama dalam gerakan ini kan??

Sebenarnya Mahathir pernah meminta bantuan dari Pas untuk bersamanya dan parti pembangkang yang lain.... Namun permintaan Mahathir itu ditolak oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi sendiri yang mendedahkan bahawa Mahathir pernah berjumpa dengannya pada 3 bulan yang lalu dan berbincang merencana untuk menjatuhkan Perdana Menteri bersama parti pembangkang.

Bagi Hadi, rencana Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti Islam itu... Disebabkan itu, beliau terpaksa menolak gerakan Mahathir ini.

Memang kesian dengan Mahathir ini... Beliau menyangka dirinya mempunyai pengaruh yang kuat dan mampu menumbangkan Najib.... Tetapi itu semua perasaan Mahathir, hakikatnya Mahathir kini semakin hilang pengaruh dan sokongan.

Selain itu, Mahathir yang telah mewujudkan gerakan menjatuhkan Najib kononnya dengan cara yang betul.... Bagaimanapun 'terkantoi' melakukan gerakan tersebut dengan cara 'jahat' dengan mengupah seorang juruteknik perincian komputer. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top