0

Dendam Pas terhadap DAP nampaknya masih belum berakhir apabila Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih meneruskan serangannya terhadap DAP, dengan menyerang Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung penyelewangan tanah dan banglo;.

Menurut Hadi, sejak Pas berjaya membentuk kerajaan Kelantan beberapa tahun dahulu, pemimpin-pemimpin parti Islam itu tidak pernah terlibat dengan penyelewangan tanah atau memiliki banglo mewah dengan harga dibawah pasaran seperti Guan Eng.

Hmmm.... Betul ke dakwaan Hadi ni?? Macam tak percaya jer yang pemimpin Pas tak  terlibat dengan penyelewangan tanah??? Mungkin betul laa kot dakwaan Hadi ni... Sebab Andy sendiri tak pernah dengar pun pemimpin Pas yang terlibat dengan isu penyelewangan tanah atau membeli banglo mewah di harga pasaran.

Yang Andy dengar, ada pemimpin Pas beli kereta mewah dengan harga yang murah... Yang itu memang ada... Bab beli rumah dengan harga murah... Andy tak pernah dengar lagi setakat ni.

Tapi apa yang Andy dengar dari macai-macai DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).... Pemimpin Pas di Kelantan cuma terlibat dengan kes pembalakan haram... Pas meragut keuntungan dari projek pembalakan terbabit.

Biar betul Pas buat projek haram ni?? Pemimpin Pas kan semua mempunyai ilmu agama yang tinggi... Takkan lah pemimpin Pas sanggup memakan duit haram dari hasil yang tidak halal ni.... Macam susah nak percaya jer.... Mungkin ini satu fitnah dari puak pembangkang yang menganggap Pas sebagai musuh utama.

Hadi berkata, DAP yang baru berjaya menguasi kerajaan negeri Pulau Pinang telah menyalahgunakan kuasa apabila terlibat dengan beberapa penyelewangan dan memperlakukan rakyat Pulau Pinang seperti seorang pelarian.

"Kita buktikan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu. Sepanjang kita urus tadbir, tiada pemimpin yang terlibat rasuah dengan banglo dan tanah. Ini kejayaan bahawa kita betul-betul bersih.

"DAP perintah Pulau Pinang dah berlaku macam-macam. Ia memberi isyarat untuk PRU akan datang. Kita dah beberapa penggal perintah Kelantan tapi tidak ada apa yang berlaku," kata Hadi.

Bab ni memang Andy sokong... Memang banyak sangat penyelewangan yang dilakukan Guan Eng... Sampai tak terlarat nak senaraikan penyelewangan yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang tu.

Jadi, korang rakyat Pulau Pinang tu....Peganglah dengan saranan Hadi ni supaya Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, tidak lagi memilih DAP sebagai parti pemerintah negeri itu... Kalau tak, terimalah azab untuk sepenggal lagi dari pemerintah DAP yang maha zalim!! -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top