0



Rasanya masih tak terlambat lagi kalau Miss A nak ucapkan tahniah pada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang baru sahaja menyambut kelahiran anak sulung dorang Jumaat lepas..

Hairul dah kongsikan detik terindah ini menerusi akaun Instagramnya.. Isterinya selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Yusuf Iskandar, berat anak pasangan ini sewaktu dilahirkan adalah 3.85 kilogram..

Masih lagi dalam proses berpantang, Hanis dah pun memuatnaik video ‘sweet’ saat-saat, pasangan ini menunggu kelahiran Yusuf Iskandar.. Video yang dikongsikan Hanis dah mendapat perhatian banyak pihak, ada yang terharu dan ada yang sedih dengan perkongsian video Hanis ni..

Bukan sedih sebab tengok 'sweet' pasangan ini..hahaha.. Tapi, sedih sebab Hanis langsung tak reti nak jaga hati wanita lain kat luar sana.. Ada wanita lain yang dah pun mendirikan rumahtangga sudah 3, 4 tahun sedih masih lagi tak dapat anak, Hanis dengan bangga tayang dia dah dapat anak..

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga memang inginkan anak, tapi dah kahwin lama masih belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata.. Hanis tak payah la nak menunjuk sangat kebahagian dia dapat anak tu..

Simpan ja video tu buat tatapan sendiri.. Kalau kena kat batang hidung sendiri tak rasa sakit hati ke? Orang dok muatnaik gambar dan video anak, Hanis dah kahwin dengan Hairul hampir 5, 6 tahun masih tak dapat anak?

Orang lain pun dah kahwin dapat anak 4,5 orang pun nak menunjuk macam tu.. Ingat semua orang suka tengok adegan bahagia Hanis dan Hairul?

Peminat pun dah muak, time bahagian semua nak tayang.. Bila rumahtangga ada masalah, buruk suami dalam kain pun habis nak cerita kat media.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top