0


Semua dah sedia maklum pasangan Haniz Zalikha dan Hairul Azreen dah pun selamat menyambut kelahiran anak lelaki sulung mereka, yang diberi nama Yusuf Iskandar.. Hanis masih lagi dalam ‘mood’ berpantang, Hairul sempat berkongsi gambar Hanis berpantang di media sosial..

Sebelum Hanis mengandung lagi, pasangan ini dah membela seekor kucing yang diberi nama Bujibu Chempel.. Miss A rasa u’olls pun memang dah kenal dengan Bujibu, Bujibu kucing paling popular kat Malaysia..

Hairul dan Hanis dah wujudkan akaun Instagram khas untuk Bujibu.. Pasangan ini selalu memuatnaik keletah dan caption mencuit hati Bujibu di media sosial.. Sebabkan itu, Bujibu dah dipuja oleh ramai orang kerana kecomelannya itu..

Menerusi akaun Instagram Bujibu, ada sekeping gambar dah dimuatnaik menunjukkan Hanis sedang mendukung Yusuf dan Bujibu berada di sebelah Hanis dengan kapsyen, “Tak paham nape kena share”.. Dah ada Yusuf semua benda Bujibu dah kena share la dengan Yusuf.. Hahaha..

Disebabkan dah kongsi gambar ni, Hanis dan Hairul dah di kecam.. Rasanya semua ibu bapa dah dipesan dan tahu, yang bayi atau kanak-kanak memang tak digalakkan berada rapat atau dekat dengan kucing.. Sebab bulu kucing memang akan membahayakan kesihatan bayi..

Dah la anak pertama, patutnya jaga la anak tu elok-elok.. Kalau boleh tak payah la nak rapat dan mesrakan sangat Bujibu tu dengan Yusuf, bila dah jadi benda tak elok kat anak baru nak menyesal..

Bayi ni kecil lagi, benda yang sensitif macam ni kena ambil serius.. Sementara waktu, jauhkan la dulu anak tu dari dekat dengan Bujibu.. Dah besar nanti nak bagi Yusuf main dengan Bujibu itu, ok la jugak.. Tapi, memang budak-budak tak disarankan untuk berada dekat dengan kucing, sebab bulu kucing boleh menyebabkan kanak-kanak kena asma.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top