0

Artis tempatan terlibat dengan dunia perniagaan sudah menjadi perkara biasa.. Tapi, nak libatkan diri dalam bisnes kalau tak ada asas bisnes pun susah.. Tak semua bisnes yang di lakukan oleh artis berjaya dan mendapat pulangan modal yang banyak..

Ingat lagi tak pelakon Uqasha Senrose pernah keluarkan jenama tudungnya sendiri? Hasil keuntungan yang Uqasha dapat selama sembilan bulan keluarkan produk tu hanya RM5,000.. Jenama tudung Uqasha dah pun lingkup sebab ditipu rakan niaga..

Rupanya ramai lagi artis tempatan yang mula nak libatkan diri dalam bisnes dah ditipu oleh rakan niaga.. Terbaru, Miss A dapat tahu pelakon Ryzal Jaafar dah pun kena tipu dengan rakan niaga sendiri dan jenama ‘Arata by Ryzal Jaafar’ dah pun lingkup..

Sepanjang mula bisnes selama hampir setahun dan bagi komitmen penuh dalam mengeluarkan dan menjual baju jenama Arata.. Ryzal dedahkan hanya mendapat untung RM2,000, diberikan oleh rakan niaganya.. Itu pun bukan keuntungan hasil jualan, tapi mungkin sebagai gaji menjual baju..

Rakan niaga Ryzal sebenarnya kaki auta, padahal baju yang dikeluarkan oleh Ryzal mendapat sambutan dari orang ramai.. Duit banyak rakan niaga masuk poket sendiri, RM2,000 bagi pada Ryzal.. Sebabkan terlalu percaya jadi langsung tak buat hitam putih dengan rakan niaga..

Dah kena tipu langsung tak ada hitam putih, ‘berputih mata’ jelah Ryzal.. Nak buat laporan polis pun, polis tak dapat ambil sebarang tindakan undang-undang.. Tapi, tak mahu terus patah semangat walaupun kena tipu.. Ryzal tetap hasilkan jenama bajunya sendiri dan menggunakan jenama yang sama iaitu ‘Arata By RYzal Jaafar’.. Jangan dok percaya sangat kat orang kan dah rugi.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top