0

Fuuhhh... Terkejut Andy baca blog bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ni... Andy ingatkan dah salah masuk blog ulama mana, rupa-rupanya memang blog 'ulamak' Mahathir... Hahaha.

Pelik giler masuk blog Mahathir ni... Tiba-tiba jer Mahathir berubah menjadi seorang 'ulamak' yang memberi tazkirah mengenai 'rasuah'... Tahulaa sekarang ni bulan Ramadhan... Mahathir nak bagi tazkirah Ramadhan pula.

Tapi timbul pula persoalan di minda Andy ni.... Mahathir duk bagi tazkirah Ramadhan pasal rasuah ni, Mahathir tak terasa hati atau terbakar ker dengan tazkirah ni?? Bukan apa, kalau tak silap Andy... Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri, kerap melakukan perbuatan terkutuk ni.... Sebab tu Mahathir boleh bertahan sampai 22 tahun.

Andy tak nafikan isi-isi tazkirah yang disampaikan oleh Mahathir ni... Memang cukup sempurna... Siapa yang duk wat benda-benda terkutuk ni, kompom-kompom akan terasa hati punya... Bak kata pepatah, siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.

Ini antara isi pati tazkirah 'ulamak' tuan guru Mahathir:

"Rasuah ialah jenayah yang dipandang keji dan kotor oleh semua masyarakat manusia. Ia dianggap lebih kotor daripada mencuri. Sebabnya ialah kerana sementara mencuri dilakukan terhadap orang yang berada, tetapi rasuah menyasar orang miskin dan daif.

Nasib mereka yang miskin ini menjadi lebih buruk kerana terpaksa menyuap rasuah. Masyarakat dan negara yang miskin tidak dapat dimajukan kerana rasuah meningkat kos dan melewatkan keputusan dan pelaksanaan.

Ada pihak yang cuba menghalalkan rasuah dengan mendakwa jika wang yang diterima diguna bukan untuk tujuan sogokan dibuat, maka ia tidak menjadi rasuah. Ia tidak menjadi jenayah sebaliknya ia menjadi halal. Oleh itu terimalah sogokan rasuah kerana ia tidak menjadi jenayah dan ia halal jika tidak laksana tujuan rasuah diberi.

Walaupun wang sogokan tidak diguna untuk tujuannya, tetapi wang atau pemberian rasuah masih menjadi jenayah dan ia tidak boleh dihalalkan. Pegawai tinggi yang menerima RM100 juta rasuah akan dikenakan tindakan sama ada dia tunai atau tidak tunai tujuan rasuah yang diberi kepadanya.

Ada yang berkata rasuah tidak termasuk dalam jenayah hudud. Ia tidak akan dihukum di dunia. Ia hanya akan dihukum di akhirat. Pendapat ini seolah-olah memperkecilkan hukum akhirat dan menggalakkan amalan rasuah kerana tidak akan dihukum di dunia.

Pendapat seperti inilah yang merosakkan moral masyarakat manusia dan menghalang proses ke arah bertamadun. Masyarakat ini tidak akan dipercayai kerana moralnya rendah."

Amacam?? Hebatkan isi pati tuan guru Mahathir kita ni?? Dalam diam jer menuntut ilmu agama bab rasuah ni... Ni mesti Mahathir menuntut dengan ustaz Lim Kit Siang kan?? Hahaha.

Apa pun... Kita doa je kan laa kepada Mahathir supaya terus menimba ilmu agama... Nanti Mahathir bolehlah 'tazkirah' kepada pemimpin parti pembangkang.. Tak pun 'tazkirah' kat Mukhriz yang kini semakin mabuk ketum... Hahaha.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top