0

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tak habis-habis dengan isu makanan dedak yang sangat popular pada zaman pemerintahannya dahulu. Masa zamannya dahulu, Mahathir gemar bagi makan dedak tapi kini dia boleh pulak nak samakan zamannya dengan zaman sekarang. Zaman sekarang orang tak makan dedak dah bro!

Gomez rasa, hidup Mahathir ni memang suka menghina rakyat kot! Sebab jika hendak diikutkan hanya haiwan je yang makan dedak ni. Perumpamaan Mahathir ni seperti mahu samakan rakyat dengan haiwan kerana menurut dakwaannya   kerajaan BN suka bagi rakyat makan "dedak" untuk mendapatkan sokongan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, tuduhan yang dibuat oleh Mahathir terhadap BN sama sahaja seperti dia menghina rakyat. Jijik sangat ke rakyat di mata Mahathir sehingga segala bantuan yang dihulurkan kerajaan dianggap sebagai dedak??

Sebenarnya segala bantuan yang dihulukan itu adalah bagi meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat. Ia juga sebagai bukti bahawa rakyat berkeyakinan kepada kerajaan kerana mengutamakan kemaslahatan ramai.

"Sebab itulah kalau ada orang kata kita menang (dalam pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil pada 18 Jun lalu) kerana kita beri dedak kepada rakyat, itu adalah satu penghinaan. Penghinaan kepada rakyat," katanya.

Tak kisah lah dihina atau pun dicemuh, apa yang penting kerajaan tetap komited dalam memberi bantuan kepada rakyat... sebab itu sememangnya tanggungjawab mereka. Bantuan yang dihulurkan bukanlah bertujuan bagi menghina dan memperlekehkan rakyat seperti yang dikatakan Mahathir.

"Sbb itulah kerajaan pimpinan saya, kami dengan rakan-rakan jemaah menteri, kami tak kisah (orang) nak cakap apa pun, cakaplah. Akhirnya rakyat bertambah yakin kepada kerajaan,

 "Sebab itulah, walaupun kita diserang dengan pelbagai fitnah, tohmahan - yang separuh benar, separuh tidak benar - tetapi kemenangan di pilihan raya di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar bar-baru ini membuktikan rakyat yakin kepada kerajaan," katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top