0



Siapa yang menonton pgroram ‘Imam Muda’ pasti mengenali dengan imam muda Ammar.. Salah seorang peserta untuk program itu pada musim pertama yang berasal dari kedah..

Nama imam muda Ammar menjadi sebutan netizen kerana dah memuatnaik satu status seperti mempersendakan kanak-kanak yang mati akibat Difteria..

Baru-baru ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan berita ada beberapa kanak-kanak dah meninggal dunia sebab dijangkiti bakteria Difteria..

Bakteria yang menjangkiti tekak dan menyababkan tekak bengkak dan pesakit sukar bernafas.. Ada pihak mendakwa bakteria ini berebak pada kanak-kanak yang tak ambil suntikan vaksin..

Menerusi akaun Facebook milik imam muda Ammar, dia telah memuatnaik satu status berkaitan kes kematian kanak-kanak itu dengan vaksin..

Menurut Ammar walaupun ada kanak-kanak ambil vaksin itu tak bermakna ‘Malaikat Maut’ tak boleh cabut nyawa kanak-kanak itu..

Disebabkan status imam muda Ammar ini, ada beberapa pihak dah marah dan sifatkan imam muda Ammar adalah ‘imam mee segera’..

Konon alim dan warak tapi suka cakap ikut sedap mulut.. Status yang dikeluarkan imam muda Ammar tak menggambarkan dirinya adalah orang alim..

Tak lama selepas dihentam oleh orang ramai dan digelar ‘imam muda mee segera’ Ammar dah pun tukar nama akaun Facebooknya dari ‘Imam Muda Ammar’ pada ‘Hamba Berdosa’..

Apapun, Ammar dah meminta maaf secara terbuka dan akui kesilapan.. Dah orang kenal sebagai ‘Imam Muda’ memang tutur kena jaga kalau nak keluarkan sebarang kenyataan..

Hidup kalau dah dikenali ramai sebagai ‘Imam muda’ memang tak boleh buat salah langsung.. Sekali buat salah dikritik sepanjang hajat.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top