0

Pembangkang memang selalu kaitkan isu yang didak berasas dan langsung dipolitikkan, rasanya ni la salah satu peluru pembangkang untuk menjatuhkan  kerajaan BN. Perangai keji macam ni kalau jadi pemimpin memang hancur la negara, semua benda nak dijadikan rusuhan.

Mungkin, sebab pembangkang jugak lah Tan Sri Rafidah Aziz ni keluarkan amaran untuk ahli politik yang sering mempolitikkan perkara yang menggangu sensitiviti masyarakat malaysia. Tengok baru-baru ni pasal isu yang kononnya hudud, kecoh puak pembangkang  ni masing-masing tahu nak memberontak je, tapi satu pun tak faham apa sebenarnya hudud.

“Saya selalu cakap, jangan campurkan agama dengan politik. Politik bukan tentang agama, bangsa dan pendidikan...tidak sepatutnya (berlaku) ", katanya

Macam tu la kalau jadi bodoh sombong ni, semua ingat hudud ni asyik potong tangan je tapi sebaliknya banyak lagi yang tersirat berdasarkan hudud. Hal macam ni sepatutnya tidak dipolitikkan pembangkang sebab akan menjatuhkan kebimbangan dan meruntuhkan kesatuan di antara semua pihak.

Amaran yang ditegaskan oleh Rafidah ni sangat baik untuk di praktikkan, bukan saja tidak mempolitikkan agama dan bangsa malah soal pendidikan juga tidak perlu untuk dijadikan isu politik kerana menghalang tugas guru-guru untuk mendidik.

Mana tidaknya, mak ayah yang sayangkan anak ni pergi mengadu kepada ahli parlimen lepas tu..bawak isu kedalam parlimen dan terus kepada menteri.  Korang rasa apa yang jadi pada cikgu-cikgu ni, mesti la kena tukar ke tempat lain dan perkara ni membuatkan cikgu-cikgu tidak bersemangat untuk meluahkan segala ilmu kepada pelajar.

Mungkin juga, bila perkara ni terus berlaku akan memberi kesan buruk kepada anak-anak dan pelajaran juga akan merosot kerana tidak diberikan perhatian yang khusus oleh cikgu. Sebab tu..perkara penting yang perlu dielakkan oleh setiap ahli politik terutama pembangkang supaya tidak mempolitikkan isu seperti ini. - Hkay/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top