0

Dah berbuih dah mulut beritahu jika undi calon Parti Amanah Negara (PAN) sama dengan memberi undi kepada DAP... Tapi korang masih tak percaya... Korang kata tu semua fitnah dari Umno dan Pas.

Disebabkan korang tak percaya... Andy nak tunjukkan satu bukti 'kukuh' siapa yang undi PAN tu memang undi DAP.... Jangan korang tak percaya dengan bukti yang Andy sertakan ini cukuplah yer.

Korang kenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Suee Lim?? Adun Sekinchan ni sendiri dah membuktikan jika korang undi calon PAN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, korang akan undi DAP.

Suee Lim dalam satu ceramah di Sungai Besar sempena kempen PRK yang sedang berlangsung berkata, sekiranya PAN berjaya mengatasi undi calon Pas dalam dua PRK ini... DAP akan meraikan kejayaan ini dengan arak.

"Kami boleh raikan dengan Carlsberg, Tiger dan or kau (Guinness Stout)," kata Suee Lim.

Tak rasa pelik ke kenapa DAP tiba-tiba nak raikan kemenangan PAN dengan arak?? Siapa yang sebenarnya bertanding.... DAP atau PAN?? Sehinggakan DAP pula yang terlebih excited nak raikan kejayaan PAN.

Bila DAP dah keluarkan statement macam ni... Nampak sangat PAN ni cuma khadam DAP.... Sepatutnya DAP perlu meraikan kejayaan PAN mengatasi undi Pas dengan cara lain... Dengan cara yang lebih manis dan elok.

DAP pun tahu PAN ditubuhkan sebagai pengganti Pas dan merupakan sebuah parti Islam... So, PAN perlulah menghormati PAN sebagai sebuah parti Islam dengan tidak meraikan minuman yang tidak halal disisi agama.

Post a Comment

 
Top