0

Bila tibanya bulan Ramadhan, lambakan bazaar akan dibuka dan macam-macam juadah disediakan.. Masa tu lah korang akan rambang mata nak beli sampai tak tahu nak pilih yang mana satu..

Target mulanya tu nak beli sikit jer, tapi bila dah sampai sana mesti penuh plastik beg dijinjing ditangan.. Itulah dugaan ketika pergi ke bazaar, betul tak?? Hihhii..

Bazaar ni akan dibuka tak kira di tepi jalan atau di mana-mana saja.. Masa tu akan penuh lah dengan orang ramai macam semut untuk membeli juadah untuk berbuka.. Miss bukan lah nak cerita pasal bazaar sebenarnya, tapi masalah berpakaian ketika pergi ke bazaar..

Masa bulan puasa ni perlulah jaga mulut, mata dan kelakuan kita supaya puasa tak sia-sia.. Tapi bukan setakat bulan puasa jer perlu jaga, bulan lain pun sama jugak yer! Korang nampak peringatan di atas tu??

Peringatan di atas tu memang terbaik lah, bagus sangat lah bagi yang suka pakai pakaian tayang badan! Kalau yang tak mengendahkan peringatan tu, Miss tak tahu orang tu jenis hati macam mana noh.. Betul-betul hati kering lahh!

Yela, setengah tu kalau pergi bazaar macam nak pergi kelab jer.. Pakai pakaian ketat nak mampos,  lepas tu 'belanja' susuk badan mantop dorang kat orang ramai.. Sakit jer mata-mata yang memandang dorang, sekali gus kurang pahala jer memandang benda macam tu!

Miss tak dapat pasti lah lokasi bazaar mana yang letak peringatan tu.. So, Miss rasa semua lokasi bazaar patut letak peringatan macam tu.. Tak ada lah korang nak sakit mata nak pandang benda yang tak patut pandang, betul tak?? - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top