0

Semalam, satu Pulau Pinang kecoh apabila Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Komplek Tunku Abdul Rahman (Komtar) pada petang semalam... Susulan itu, bekas tuan banglo yang didiami Phang Li Koon turut ditahan di pejabatnya di Menara Penang Garden.

Guan Eng ditahan dibawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dipercayai berkaitan tanah pertanian di negeri itu dan pembelian banglo mewah di Jalan Pinhorn.

Guan Eng yang ditahan oleh SPRM bagaimanapun sempat meninggalkan pesanannya kepada rakan-rakan parti supaya kuatkan semangat dan fokus untuk mengukuh pentadbiran kerajaan negeri.

Amboi Guan Eng... Sempat lagi nak tinggalkan pesanan... Dah macam Datuk Seri Anwar pula Guan Eng ni... Tinggalkan pesanan pula sebiji macam Anwar... Cuba tinggalkan pesanan yang lain sikit.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow sambil menyifatkan penahanan terhadap Setiausaha Agung DAP Pulau Pinang itu bermotifkan politik demi membunuh politik seorang pemimpin parti.

"Pesanan Lim Guan Eng kepada saya adalah menguatkan semangat menghadapi krisis politik ini dan memastikan parti dan kerajaan negeri tetap kukuh," dedah Kon Yeow.

Dalam masa sama, Kon Yeow turut memaklumkan bahawa DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar ekoran penahanan Guan Eng dan meminta penyokong parti supaya bertenang atas penahanan ini.

"DAP akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa negeri tergempar esok (hari ini) dan sementara itu, meminta semua penyokong agar bertenang dan menunggu arahan parti selanjutnya," katanya.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top