0

Tokoh pemimpin yang dihormati spesis apa Tun Dr Mahathir Mohamad ini?? Pelik sungguh... Sanggup menghasut orang lain semata-mata bagi mencapai hasratnya untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dirinya pernah dicari dan menjadi sasaran mantan perdana menteri tersebut untuk dijadika alat dan pasangannya dalam usaha untuk menjatuhkan perdana menteri.

Peristiwa itu berlaku kira-kira tiga bulan yang lalu... Tapi nasib baik la Hadi Awang ni orang yang bijaksana dan ilmuan. Ajakan Mahathir itu ditolak mentah oleh presiden Pas tersebut kerana tindakan tersebut langsung tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat mahupun dirinya sendiri.

“PAS tidak menentang individu…tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar. Sekiranya orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga,” katanya kepada pemberita ketika melakukan sesi ‘walkabout’ di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini semalam.

Mungkin akibat dari penolakan Hadi Awang untuk menyertainya dalam agenda menjatuhkan perdana menteri, Mahathir terus menuduh bahawa Hadi Awang sebenarnya telah ‘termakan’ dedak yang diberi oleh Najib.

Membidas kenyataan tersebut Hadi Awang berkata, mungkin Mahathir sudah lupa atau mungkin juga terkena penyakit Alzheimer. Siapa sebenarnya yang memulakan episod memberi dedak sebelum ini.

“Kerana PAS tidak makan dedak maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?

“Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku,” katanya.

Pas kini dalam dilemma sama ada mahu bergandingan bersama UMNO mahu pun tidak... Gabungan bersama dilihat bakal memberi kesan positif kepada rakyat kerana dapat mengukuhkan bangsa Melayu dan Islam. Lagi pun kedua parti ini mengamalkan prinsip berlandaskan Al-Quran.

“Kita ada garis panduan dalam Al-Quran…kembali kepada Al-Quran, hadis sepenuhnya barulah kita boleh bersatu.

“Kita tak gopoh, seperti mana rang undang-undang persendirian, itu satu langkah kerjasama sangat baik dan positif,” katanya merujuk laluan yang diberikan kerajaan baru-baru ini untuknya mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di Dewan Rakyat. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top