0

Penganalisis Politik, Prof Mohammad Agus Yusoff menjelaskan bahawa punca parti pembangkang kalah teruk di kedua-dua kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah berpunca daripada sikap mereka sendiri.

Mana tidaknya, korang tengok jela cara pembangkang berkempen... Semuanya jenis suka menerapkan sikap iri hati dan benci terhadap pati lawan. Bukan itu je, pembangkang ni memang tak boleh lari daripada memaki hamun pihak lawan ketika proses berkempen dalam pilihanraya.

Sikap mereka yang busuk hati dan dengki itu telah memberi manfaat dan peluang kepada Barisan Nasional (BN)... Rakyat mana yang akan sokong parti yang terlalu asyik memburukkan parti lain sedangkan kepentingan mereka diabaikan.

Sebab tu la BN mampu untuk meraih kemenangan dengan membanggakan sekali... Ketika pembangkang terlalu asyik memaki hamun dan menyebarkan fitnah. BN terus dengan agenda mereka untuk mendekati rakyat dan memancing undi pengundi setia. Bukan tu je, BN sememangnya lebih gemar memperjuangkan kebajikan dan kepentingan rakyat jika nak dibandingkan dengan pembangkang yang tak buat apa-apa.

“Ketika pilihan raya, BN tahu menjaga perut dan poket rakyat. Pembangkang pula, masa pilihan raya, ketikanya untuk memaki hamun pihak lawan,” katanya ketika membalas salah satu komen di laman Facebook.

Sementara itu, dalam postingnya di laman Facebook beliau turut menerangkan mengenai penerimaan parti Amanah Negara adalah positif berbanding PAS di kalangan penyokong pembangkang yang dilihat lebih mendapat sokongan kuat Melayu Islamis progresif berbanding PAS yang hanya mengharapkan penyokong tegar.

“Biarpun parti baru, sokongan diterimanya dari bukan Melayu cukup kuat. Selain itu, Amanah juga mendapat sokongan kuat golongan Melayu Islamis yang progresif.

“PAS yang telah lama dalam politik negara pula ketinggalan di belakang. PAS hanya bergantung undi kepada penyokong tegarnya sahaja. Pengundi bukan Melayu yang sebelum ini menyukai PAS tidak akan mengundi PAS lagi, Pengundi atas pagar juga begitu, tidak ramai yang akan mengundi PAS,”tulisnya.

Keyakinan yang dipamerkan oleh jentera BN dan calonnya jelas menunjukkan bahawa mereka mampu untuk memenangi hati rakyat dan mendukung tanggungjawab yang bakal diserahkan... Sebab tu BN mampu menang di kedua-dua pilihanraya iaitu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Tanpa ragu BN akan menang di kedua-dua kawasan. Senarailah apa juga masalah dalaman dan luaran yang dihadapi oleh BN, namun parti ini tetap menang cemerlang dengan majoriti yang meningkat berbanding PRU 2013,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top