0

Nampaknya, tak habis lagi masalah nyanyuk Mahathir ni, makin lama makin menjadi-jadi perangainya.

Sebelum ni mahu bersama pembangkang dan jadikan Kit Siang sebagai kawan baik walaupun dulu adalah musuh ketat Mahathir.

Tapi sekarang dengar ura-ura yang mengatakan Mahathir ni nak masuk balik jadi ahli UMNO, korang rasa lah kan betul ka Mahathir nak berbaik balik dengan DS Najib Razak?

Nampak pelik pulak kalau tiba-tiba je Mahathir baik dengan Najib. Ye la sebelum ni Mahathir bukan main benci lagi sampai tercetusnya idea dia nak buat deklarasi rakyat.

Ingat senang-senang ke Mahathir nak masuk balik UMNO, mesti ada syarat yang dia bagi.

Menurut kenyataan Mahathir, ada syarat jika mahu dia kembali bersam UMNO. Haaa.. korang rasa apa syarat yang ditetapkan Mahathir?

Dah tentu la kena pecat Najib dulu baru dia nak join balik UMNO kann.

"Kalau dia buang Najib dahulu, pulihkan Umno kepada yang asal, ada kemungkinan saya timbang (untuk kembali pada Umno)," katanya.

Mungkin juga, syarat yang dikenakan ni nak membidas kenyataan TPM Zahid Hamidi yang telah membuka pintu untuk Mahathir bersama UMNO.

Mana lah tahu tiba-tiba Mahathir nak buat 'u-turn' untuk bersama UMNO dan ceraikan pembangkang pulak.

Ermm... Mahathir ingat dengan syarat mahu menjatuhkan Najib akan membuatkan pemimpin UMNO dan BN akan berpaling tadah.

Nampak sangat syarat Mahathir ni mengarut dan melambangkan dendam peribadinya untuk menjatuhkan Najib.

Sepatutnya, bila dah sampai umur tahap senja macam Mahathir ni tak perlu lagi nak campur tangan dalam soal politik negara. Ramai lagi ahli pemimpin yang masih kuat dan tidak nyanyuk untuk menguruskan hal sedemikian. -Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top