0

Zaman dulu dan sekarang memang jauh berbeza sangat.. Zaman sekarang ni dah berteknologi canggih, semua hanya dihujung jari jer.. Korang nak pergi mana-mana tempat yang korang tak tahu pun, dah ada kemudahan teknologi yang boleh membawa korang ke sana.. Apa ke benda tu yer??

Alaaa! Buat tak tahu pulak, apalagi GPS lah.. GPS tu kan memudahkan korang nak pergi mana-mana, betul tak?? Tetapi Miss nak ingatkan lah sikit bila korang menggunakan GPS tu, janganlah korang terlalu percayakan sepenuhnya kat GPS tu.. Yela, kadang-kadang tu, direction yang diberikan pun bukannya tepat sangat..

Korang pun kenalah perhatikan jalan-jalan akan dilalui tu boleh digunakan atau tidak.. Takut-takut nanti, GPS tu bawa korang ke tempat lain jer.. Jangan korang tak percaya yer! Dah ada satu kes yang belaku di Kanada, baru-baru ni.. Kasihan sangat dengan nasib wanita tu, nak tahu apa yang jadi?

Seorang wanita yang tak didedahkan identitinya dari Ontario, Kanada dikatakan memandu keretanya terus ke dalam tasik dek kerana terlalu percayakan sistem GPS.. Ini nak kata bodoh ke apa yer?? Amboii aii! Tak akan lah dia tak nampak jalan depan tu tasik, boleh pulak dia memandu terus ke dalam tu juga noh..

Inilah yang dikatakan terlampau percayakan sistem teknologi hingga membahayakan nyawa sendiri jer.. Tetapi difahamkan, wanita tersebut dikatakan terbabas masuk ke dalam tasik kerana jarak penglihatannya terhad dengan keadaan jalan raya agak berkabus masa tu.

Bagaimanapun, wanita tu bernasib baik selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.. So, kepada korang di luar sana tu, sila lah berhati-hati ketika memandu menggunakan GPS yer! Jangan korbankan nyawa korang kerana terlalu percayakan GPS.. Huhuu.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top