0

Lima orang awam cedera parah dalam kejadian tembakan rambang oleh sekumpulan lelaki di Kampung Mae-Kang, Mukim Kuan Nori di daerah Khokpo, Pattani..

Penolong Ketua Polis Napradu, Khokpo Lt Kol Papan Chanklab berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 2 petang (waktu tempatan) ketika 10 penduduk tempatan sedang menonton televisyen di sebuah kedai runcit.

"Ketika sedang menonton televisyen, empat lelaki tidak dikenali menaiki dua motosikal melepaskan tembakan rambang terhadap kedai runcit itu menyebabkan lima cedera parah," katanya pada pemberita hari Ahad. - BERNAMA

Post a Comment

 
Top