0

Dunia! Dunia! Bila ‘keinginan’ tak dapat dipuaskan, seorang wanita dari Ahmedabad, India bertindak membelasah suaminya sampai mati gara-gara ajakannya untuk melakukan hubungan seks ditolak oleh mangsa..

Akibat perbuatannya tu, Vimla Vaghela, 54 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh suaminya, Nasrinh baru-baru ini..

Hanya disebabkan ajakan hubungan seks ditolak jer, dia sanggup membunuh suaminya.. Teruk betoii!

Vimla yang bengang dikatakan mengambil sebatang kayu lalu memukul Narsinh beberapa kali sampai mati.. Lepas tu, dia sendiri pergi membuat laporan polis tapi buat kenyataan palsu mengatakan dia mempertahankan diri daripada dipukul..

Dia nak menipu tak kena tempat, polis pasti akan siasat punya.. Selain dari penjara, Vimla diarahkan membayar denda sebanyak 2,000 rupee (RM121)..

Meringkuk lah dalam penjara seumur hidup kerana tindakan terburu-burunya tu yer! Hanya sebab seks sampai membunuh.. Haishhh! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top