0

Betul ke ni isteri TS Muhyiddin nak keluar dari Umno ?, Hanez rasa mungkin isteri Muhyiddin sedikit sentap dengan apa yang berlaku kepada suaminya. Lumrah menjadi seorang isteri akan ada perasaan macam tu.

Mungkin juga, tindakan Puan Sri Norainee ni adalah jalan terbaik buat mereka. Lagipun, kalau dia terus menjadi ahli Umno macam mana pulak nanti kalau Muhyiddin bersama pembangkang, lebih baik dari sekarang dia ambil langkah untuk keluar parti.

"Tak guna saya jadi ahli UMNO lagi kalau suami saya diperlakukan begini. Kalau pedih hati suami saya, begitulah juga hati saya." katanya

Kalau dah keduanya bukan ahli Umno, mereka bebas memilih untuk terus berpolitik bersama pembangkang, macam Tun M. Bagi Norainee tindakan MT itu sukar untuk dipercayai dan dalam sekelip mata saja pengorbanan suaminya tidak lagi dipandang parti.

Mungkin juga, Norainee masih belum terima hakikat suaminya dipecat, tapi tindakan yang kononnya dia turut nak keluar parti itu, dilakukan dengan berlandaskan emosi. Namun Norainee akan terus menyokong karier politik suaminya dan tetap merasakan suaminya masih tidak bersalah.

"Sebagai isteri, saya akan sentiasa berada di sisinya dan menyokong apa juga keputusan yang diambil untuk meneruskan karier politiknya ", katanya

Memang tidak dinafikan Norainee menerima tamparan hebat daripada isu ini, bagi ura-ura dia nak keluar parti bersama-sama suaminya masih tinggal tanda tanya. Mungkin keputusan untuk keluar parti  Umno adalah jalan penyelesaian yang baik buat Norainee. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top