0




Tak habis-habis nak ikutkan sangat budaya artis-artis lain kalau menjejakkan kaki ke tanah suci.. Uolls pun mesti dah tahu budaya apa yang selalu menjadi ikutan orang ramai bila berada di Mekah kan?

Budaya untuk memakai niqab bila berada di Mekah untuk menunaikan umrah.. Mula-mula Rozita Che Wan dah dikritik peminat sebab pergi umrah tampil dengan berniqab.. Tak lama lepas tu Datuk Siti Nurhaliza pula yang dikritik bila memuatnaik gambar berniqab bila melakukan ibadat umrah..

Tapi, alasan Siti untuk berniqab sesama melakukan ibadat umrah sebab tak mahu di sapa peminat dapat diterima baik oleh netizen.. Turut berada di Mekah untuk menunaikan umrah di hari terakhir umat Islam berpuasa adalah pelawak Nabil Ahmad dan isterinya Zira Ayob..

Zira menerusi akaun Instagram dah mula memuatnaik gambar bersama Nabil semasa berada di Mekah.. Salah satu gambar yang dimuatnaik Zira menunjukkan dirinya semasa berada di sana telah tampil dengan imej berniqab..

Menjadi kritik hebat oleh netizen bila tengok penampilan Zira berniqab.. Kalau Siti berniqab sebab nak elak dari di sapa oleh peminat semasa berada di Mekah apa pula alasan Zira tampil berniqab di sana?

Disebabkan Zira bukan artis dalam industri seni, isteri Nabil dah pun kena sindir dengan netizen sebab berniqab di Mekah.. Isteri Nabil nak bertutup muka sebab apa? Bukan ada orang kenal pun dan takut untuk di sapa oleh peminat?hahaha..

Mengerjakan umrah bertutup litup dan memakai niqab, bila balik Malaysia tudung dengan niqab habis terbang.. Ibarat macam nak pasang lampu, boleh nak pilih ‘switch off’ atau ‘switch on’ bila-bila mana.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top