0

Malang betul nasib seorang lelaki di China selepas dia ditipu bulat-bulat oleh ‘kekasihnya’ yang kononnya hamil sebelum mendapat tahu ‘wanita’ tu sebenarnya lelaki..

Patutlah wajah pengantin perempuan tu pelik semacam jer, rupanya jantan! Tak guna betoii punya orang, tipu orang bulat-bulat!

Mangsa dikenali sebagai Wang dari Hauiyang, wilayah Henan dikatakan mengenali ‘kekasihnya’ tu melalui media sosial dan menjalinkan hubungan sampai lah ‘wanita jadian’ tu memberitahunya hamil..

Disebabkan itu, keluarga Wang pun terus membuat perancangan untuk majlis perkahwinan pasangan tu..

Tapi dorang terkejut bila ‘pengantin wanita’ tu menghilangkan diri selepas tiga hari majlis tu.. Selain itu, ‘wanita’ tu dikatakan telah melarikan segala hadiah dan barangan berharga puluhan ribu yuan..

Pada mulanya tu, keluarga Wang menyangkakan pasangan tu bergaduh dan tak melaporkan kehilangan ‘wanita’ tu pada polis.. Si lelaki tu pun satu, tak dapat bezakan perempuan tulen dengan palsu.. Sekarang terimalah padahnya yer! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top