0

Dah lama sangat bergelar janda, memang banyak peminat akan mula bertanya bila pelakon Izreen Azminda ini akan menamatkan statusnya itu.. Sehingga kini, kenyataan yang dikeluarkan oleh Izreen adalah masih lagi single..

Bakal menyambut Aidilfitri tak lama lagi, Izreen yang merupakan duta pada sebuah butik ‘Mek Kembang Cotton’ maklumkan dah tak perlu risau dan rungsing untuk fikir membeli baju untuk di pakai di hari raya..

Sebagai duta untuk butik ‘Mek Kembang Cotton’, Izreen telah dihadiahkan sebanyak 20 pasang baju raya.. Untuk hari raya tahun ini dah single, Izreen akan balik beraya di kampung halamannya di Jitra, Kedah..

Buat peminat yang terfikir untuk datang beraya di rumah Izreen, u’olls terpaksa batalkan hasrat itu sebabnya untuk tahun ini Izreen tak buat ‘open house’ sebab cuti untuk raya tak sampai seminggu..

Bila disoal tentang mendirikan rumahtangga, Izreen akan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan terutama dari segi kewangan.. Kalau boleh jejaka itu ada kemampuan untuk menyara dirinya dan anaknya bila sudah berkahwin..

Jejaka kat luar sana kalau rasa poket tebal boleh mencuba nasib untuk mengorat Izreen.. Pengalaman lalu dah mengajar Izreen untuk lebih berhati-hati dari segi kewangan? Bekas suami tak mampu nak tanggung ke?hahaha.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top