0

Sebut saja tempat percutian di Jepun mesti ramai yang teringin dan ada menyimpan hasrat untuk pergi bercuti kat sana kan? Iyerlah, Jepun memang cukup terkenal dengan tempat yang cantik dan miliki teknologi yang canggih mesti semua orang nak pergi..

Sama seperti pelakon Izzue Islam, dah lama tertarik untuk mendalami skruktur sosial dan budaya masyarakat Jepun.. Nak belajar lebih dalam tentang masyarakt Jepun buatkan beberapa peminat fikir Izzue akan ‘berpindah’ ke Jepun..

Memang akan ‘berpindah’, berpindah buat sementara waktu.. hehehe.. Izzue akan menjejakkan kaki ke negara terbit matahari itu bersama peminat-peminatnya.. Impian Izzue untuk bercuti di Jepun dapat dilaksanakan..

Izzue dapat tajaan egensi pelancongan Safir Go Travel dan lawatan ke Jepun bersama peminat.. Salah satu aktiviti yang dilakukan Izzue bersama peminat dengan melancong ke luar negara.. Setiap kali adakan aktiviti melancong bersama peminat, aktiviti tu mendapat sambutan ramai.. Sebab tu aktiviti bercuti bersama Izzue terus dilakukan di beberapa negara..

Izzue dah pun melancong keempat buah negara bersama peminat seperti Hong Kong, Korea Selatan dan Itali.. Tempat keempat aktiviti pelancongan Izzue dan peminat di Jepun..

Jepun adalah tempat percutian yang dipilih sebab kemajuan teknologi yang jauh ke depan dan masyarakat yang menjaga aspek persekitaran yang bersih.. Disebabkan aktiviti pelancongan bersama peminat Izzue dah berpeluang bercuti di Jepun..

Untung jadi artis popular, tak perlu fikir pasal duit dah nak bercuti keluar negara.. Buat aktiviti bercuti bersama peminat dan ada tajaan dari agensi pelancongan artis boleh pergi ke mana-mana saja.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top