0

Selalu dok tengok artis tempatan dilantik jadi duta untuk produk kecantikan, ubat-ubatan, kosmetik dan pakaian.. Susah nak dengar artis dah dilantik untuk menjadi duta pengeluar kipas.. Artis mana pernah jadi duta kipas? Tak ada lagi Miss A rasa..

Mungkin dah tertulis rezeki untuk penyanyi Diana Rafar di bulan Ramadhan ini.. Diana dah dilantik untuk menjadi duta pengeluar kipas, Helifan Malaysia.. Walaupun hanya jadi duta kipas, uolls jangan ingat Diana hanya dapat bayaran yang sikit..

Diana dah mendapat bayaran hampir setengah juta untuk kontrak setahun.. Diana menerima tawaran untuk menjadi duta kipas bukan sebab dibayaran dengan lumayan.. Sebelum dilantik jadi duta Diana sendiri memang dah hampir tiga bulan terlibat dengan perniagaan produk keluaran Helifan Malaysia..

Syarikat Helifan Malaysia bukan saja menjual produk keluarannya di pasaran, tapi syarikat ini dalam masa yang sama turut beramal.. Pihak syarikat akan mencari individu atau syarikat yang berminat wakafkan kipas jenama Helifan di surau atau masjid..

Buat masa ini dah ada beberapa buah surau dan masjid di sekitar Kuala Lumpur dah dipasangkan kipas yang diwakafkan penyumbang.. Di bulan Ramadhan ini elok juga kalau ada antara individu atau syarikat wakafkan kipas untuk diletakkan di surau atau masjid..

Macam penyanyi rock Awie cakap kat Amy Search, ini adalah salah satu ‘saham akhirat’ kita yang sentiasa akan 'mengalir' bila orang menggunakan kipas di surau atau masjid..hehehe.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top