0

Ingat lagi tak beberapa hari lepas Miss A ada keluarkan cerita pasal Azwan Ali dah mengkritik seorang rakan selebriti dengan menggelar “ludah produk Datuk fake no 1 si neraka jahanam”di akaun Instagramnya?

Kapysen itu ditulis selepas viral di media hiburan bahawa produk kecantikan yang dilancarkan pengacara Aznil Haji Nawawi mendapat sambutan hebat dari peminat walaupun baru beberapa minggu di keluarkan di pasaran..

Nampaknya ludah produk Datuk Fake No 1 yang ditulis Azwan Ali memang seperti ditujukan pada Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil.. Tak habis-habis nak berperang dengan Pak Nil, dah kena kritik sampai macam itu sekali takkan Pak Nil nak berdiam diri?

Setelah lama mengambil langkah untuk berdiam diri dan tak membidas segala kenyataan yang dikeluarkan Azwan Ali yang sering dituju pada Pak Nil.. Kali ini, Pak Nil tak berdiam diri dan dah memuatnaik satu video serta kapysen seperti membalas kenyataan yang dah dikeluarkan Azwan Ali..

“Rasulullah SAW berpesan pada Sayyidina Ali yang bermaksud “Wahai Ali ! Allah tidak menjadikan apapun dalam tubuh manusia yang paling utama, kecuali mulut (lisan). Sesungguhnya mulutnyalah yang mengiring dirinya masuk syurga atau masuk neraka. Maka dari itu penjarakanlah (jagalah) mulut kerana mulut itu bagaikan anjing (gila)”, tulis Pak Nil..

Video itu menunjukkan Ustaz Harun Din memberi ceramah untuk menjaga percakapan, kerana mulut boleh buatkan seseorang itu masuk syurga atau masuk neraka.. Pak Nil minta mulut Azwan Ali itu ‘dipenjara’ sebab mulut ibarat ‘anjing gila’..hehehe..

Nasib baik Pak Nil tak keluarkan kata-kata cacian dan carutan seperti dilakukan Azwan Ali..Tapi, Pak Nil ambil pendekatan lebih baik dengan bagi ceramah agama.. Agak-agak Azwan Ali tu makan saman ke bila dengar ceramah Ustaz Harun Din ni?hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top