0


Sejak viral ‘challenge’ makan mee segera ramyeon dari Korean di laman sosial, pakat ramai dok mencari dan mencuba mee pedas tu.. Lepas tu muncul lah macam-macam khabar angin disebarkan mengatakan mee pedas tu tak halal sebab mempunyai bahan meragui seperti ‘babi’..

Sebelum ni JAKIM pun dah pernah mengeluarkan kenyataan mee ramyeon tu halal.. Tapi baru-baru ni muncul lagi khabar angin mengatakan mee ramyeon tu tak halal pulak dah..

Bila khabar angin tersebar, orang ramai pasti akan ragu-ragu dan tak pasti nak percaya yang mana satu.. Kejap halal, kejap tak halal! Betul tak??

Disebabkan itu, JAKIM lagi sekali mengesahkan bahawa mi segera ramyeon dari Korea tu, tidak mempunyai bahan meragukan dan mempunyai sijil halal Persekutuan Muslim Korea (KMF)..

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Hab Halal JAKIM tu, menjelaskan pengeluarnya patuh pada piawaian yang telah ditetapkan.. Malah, pemantau berkala turut dilaksanakan!

Kenyataan tu jugak diperkukuhkan lagi dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana tiada DNA babi dikesan pada produk tu.. So, tak perlu lah nak meragui lagi yer!

Lagi satu tu, JAKIM menasihatkan para pengguna tidak menyebarkan lagi maklumat palsu pasal mee tu lagi! Yela, korang sebar khabar angin tanpa bukti yang kukuh membuat orang lain keliru jer.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top