0

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menafikan projek Jambatan Manong yang baru diluluskan peruntukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini sebagai projek Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dengan mengatakan ia bukan projek PRK.

Menurut Fadillah Yusof, projek Jambatan Manong yang mahu dibina dalam masa terdekat ini bukanlah satu projek PRK yang diwar-warkan parti pembangkang, namun ia merupakan projek kerajaan yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri sendiri.

Jelas Fadillah, projek Jambatan Manong ini merupakan satu hasil gerak kerja yang dilakukan Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il semasa menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar sejak Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

"Projek Jambatan Manong yang baru diluluskan ini bukan projek pilihan raya... Projek ini merupakan permintaan yang pernah dibuat oleh Allahyarham ketika menjadi Ahli Parlimen," kata Fadillah Yusof.

Dalam masa sama, Fadillah Yusof turut memaklumkan bahawa projek Jambatan Manong ini akan tetap diteruskan sekiranya calon Barisan Nasional tewas dalam PRK Kuala Kangsar ini.

Projek Jambatan Manong ini menjadi kontroversi apabila pembangkang menjadikan isu ini sebagai modal berkempen sempena PRK Kuala Kangsar dengan mendakwa projek ini merupakan umpan Barisan Nasional untuk mendapatkan undi rakyat Kuala Kangsar.

Selain itu, pembangkang turut mendakwa bahawa projek Jambatan Manong telah 5 kali melakukan upacara pecah tanah sejak Tan Sri Rafidah Aziz menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Bagaimanapun, dakwaan-dakwan itu telah terbukti merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan puak Pakatan Harapan untuk memburukkan Barisan Nasional kerana kerajaan tidak pernah melakukan upacara pecah tanah untuk membina Jambatan Manong. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top