0

Kerajaan sangat komited untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan dan gelandangan, tapi ada pihak yang sering saja memandang serong usaha ini, mungkin dengan pengelibatan pemimpin kerajaan ia tidak dilihat seperti bantuan tetapi lebih kepada agenda politik.

Sebab tu, Khairy Jamaluddin menyelar tindakan puak yang tidak berperikemanusiaan memandang serong bantuan kerajaan. Sedangkan program ini baik untuk membantu gelandangan di ibu untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

“Jangan ada pemikiran sebegitu, usaha membantu golongan ini tidak seharusnya dipandang serong kerana bagi saya mereka bukan minta untuk jadi sebegini ", katanya

Mungkin, macai-macai pembangkang hanya melihat keburukkan dalam semua hal yang dilakukan kerajaan. Walaupun, pendekatan ini dilakukan untuk menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap rakyat tanpa mengira taraf hidup seseorang.

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang pemimpin untuk memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan, jika sumbangan itu hanya untuk menarik perhatian rakyat seperti yang dilakukan pembangkang. Mungkin kerajaan perlu ada inisiatif untuk menghentikan semua bantuan kepada rakyat kelak.

Boleh jadi, pada masa tu.. pembangkang pula akan tuduh kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat. Jika semua tindak tanduk kerajaan diambil negatif oleh macai-macai pembangkang, ia hanya akan merugikan rakyat dan tindakan itu turut menambahkan lagi kesengsaraan rakyat.

Oleh itu, sokongan perlu diberikan diatas usaha kerajaan untuk membantu rakyat, termasuk golongan gelandangan yang semakin meningkat. Usaha ini dapat membantu sedikit sebanyak keperluan seharian golongan tersebut dan mereka juga tidak merasa begitu terpinggir. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top